Advertisement

Commonwealth Scholarship Commission (CSC)

123

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan ini bersama dengan Commonwealth Scholarship Commission (CSC) sedang dalam proses menandatangani memorandum persefahaman atas permintaan CSC bagi penajaan tahun 2020 dan seterusnya. Memorandum tersebut akan membolehkan JPA dilantik sebagai agensi pencalonan kepada biasiswa tawaran CSC.

Sehubungan dengan itu, bagi membolehkan biasiswa oleh CSC ditawarkan, setiap syarat penajaan yang ditetapkan mestilah mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa di Negara ini dan juga Negara penaja.

Oleh itu, pencalonan bagi biasiswa CSC pada tahun 2020 adalah ditangguhkan sehingga memorandum tersebut mencapai persetujuan oleh kedua-dua pihak. Maklumat mengenai persetujuan memorandum tersebut akan dikemaskini di laman ini dari semasa ke semasa.

Advertisement



(Visited 635 times, 1 visits today)

Leave a Comment